Watak Utama-'Aku' itu Dawie
Watak kedua Utama-'Dia' itu Fuzza
Watak Ketiga memunculkan diri-Senordin Abdul Samat (tuan punya blog cikgugambar.com)
Watak Keempat tak berapa Utama-ChotSentuh dan KukuHitam.(partner photog Dawie)
Watak Kelima akhir2 baru nak muncul-Mr Fathi tuan punya blog( gua pun nak enterprem gak!!!)
Watak sampingan tak bernyawa-'Kamera' itu Nikon D3000
Latar Tempat-New Town Coffe Shoppe,KLCC dan rumah Dawie sendiri....
Latar masa-Tengok suasana...
Latar masyarakat-Tengok suasana gak...dlm kolej ada,kat KLCC ada
OK Start now...
AKU,DIA & KAMERA...
“Huhu seronoknya aku pegang kamera ni!!!” gembira Dawie apabila dia memegang kamera Nikon D3000 yang berharga RM2000++ itu.
Dawie pun apa lagi,mula la tak boleh duduk diam.Semua ruang dan setiap ceruk sudut rumahnya menjadi ‘mangsa’ subjek yang mahu ‘ditangkap’ oleh Dawie.Di luar rumah pun dijadikan mangsa.Akan tetapi Dawie merasakan dia perlu mempelajari selok-belok penggunaan DSLR yang mahal itu.Ye la,dia mahu menunjukkan kehebatan dan ‘kepoyoan’ tentang photog ini kepada ‘dia’,Fuzza.
“Sekarang dunia dah maju.Internet kan ada.Facebook tu,semua ada!!!” Bisik hati Dawie yang jiwa keterujaannya masih menebal dalam hati.
“Sebelum anda mengambil gambar-gambar yang cantik,professional dan ‘SHARP’,anda seelok-eloknya ambil gambar outdoor dulu...” kata Senordin Abdul Samat kepada Dawie.Senordin ni antara ‘taiko’ fotografi.Dia pun ada blog dengan geng-geng sekepala dia,alamat blognya cikgugambar.com.Pasal kamera semua ada di situ...
.................................................................................................................................................................
“Takkan aku nak shoot sorang-sorang???Aku ni beginner lagi.Aduh.Macam mana ni???”.Kata-katanya seolah-olah dia perlukan ‘buddy’ dalam hobi barunya ini.Dia perlu mencari jurufoto yang hebat dan pakar dalam selok-belok fotografi.Lagi bagus kalau dapat yang guna Nikon ni.Bolehlah Dawie bertukar-tukar lensa dan senang juga untuk tetapkan tetapan dalam DSLR ini.
“Facebook ada,senang la aku nak cari buddy ni...uhuhuh,ramai jugak photographer kat Malaysia ni!!!”terkejut Dawie dengan bakal buddynya.”Semua muka-muka macam dah kawen jer...tak nak la aku ganggu hari-hari bahagia dengan bini dia.Cari yang single la...”Kata Dawie yang sedang bermonolog.
Dawie masih mencari.Akhirnya dia dapat mencari buddy yang dirasakan sesuai dengan dirinya.Akhirnya dia senaraiakhirkan bahawa ChotSentuh dan KukuHitam sebagai ‘partner’ dalam ‘outdoor photographing hunting’.
.......................................................................................................................................................................
“Dawie,jumpe aku kat New Town Coffe Shoppe,Bangsar.Aku ngan KukuHitam tunggu ko”Kata ChotSentuh kepada Dawie.Maka,Dawie membalas,”OK,aku on the way sekarang juga”.
Setelah 20 minit menunggu,akhirnya mereka bersemuka empat mata dengan ‘otai’ jurufoto yang memang hebat.Rasa teruja pabila Dawie berjabat tangan dengan ChotSentuh dan KukuHitam.
Sebelum memulakan ‘hunting’,ChotSentuh menunjukkan cara menggunakan DLSR secara manual.Setelah ditunjuk ajar,akhirnya ChotSentuh mencadangkan tempat yang ingin menjadi subjek adalah di KLCC.
“Daddy,jom lunch...”.Fuzza si buah hati Dawie menghantar mesej.Mengganggu ‘pemburuan’ Dawie.Dawie membalas,”I tgh sibuk la baby,I tgh photog ngan partner daddy ni...sori.suruh member2 temankan baby lunch ye!!!bye.”.Balas Dawie kepada Fuzza.Fuzza membalas lagi.”U ni kan,asyik bizi je.Sebelum ada kamera tu,U senang je nak lunch ngn I.U ni...gggrrr geram btol!!!”.Marah Fuzza kepada.Dawie tidak membalas mesej tersebut.(Tarik nafas) Dawie kembali ke niat asal.
“Kenapa kita kene photog kat KLCC”.Tanya Dawie kepada ChotSentuh.KukuHitam hanya mendengar dan ada kalanya mahu tergelak dibuatnya.Ye la,Dawie masih mentah dalam dunia fotografi ini.”Kita photog kat sini pasal kita boleh tengok reaksi wajah mereka,gaya mereka dan bila ko dah shoot gambar diorang,hasilnya pasti ummphhh”.Syarah ChotSentuh kepada Dawie.Dawie hanya mengiyakan sahaja.
........................................................................................................................................................................
Banyak yang telah dipelajari oleh Dawie dari otai ChotSentuh dan KukuHitam.Rasa seronok bila mengambil gambar orang-orang awam yang punya riak wajah yang adakala sedih,tawa,riang dan sebagainya.
“Aku ambik gambar macam ni,tentu Fuzza suker”.Bangga Dawie dengan hasil fotografinya.”Yela ilmu photo yang baru aku dapat dari bro ChotSentuh dan KukuHitam,aku pasti Fuzza pasti senyum ke telinga.Tambahan pula,ilmu photoshop sebelum aku ada DSLR ni pun boleh membuatkan gambar aku menjadi lebih AUMMM,SEKUAT TIGER!!!” gurau Dawie dalam tawanya yang keseorangan ketika itu.
“Malam ni aku nak touch up sikit gambar aku ni.Esok aku tunjukkan kat Fuzza lepas kuliah kat kolej.Pasti dia suka”.Harapan Dawie supaya Fuzza suka dan bangga akan hasil kerja buah hatinya.
........................................................................................................................................................................
Keesokan harinya.
“Hello baby,jumpe I kat cafeteria lepas break.I nak tunjukkan kat U hasil photog I”.Taip mesej itu kepada Fuzza.3 minit kemudian,buah hatinya membalas mesejnya. “OK,I jumpe U.I memang nak jumpe U pun.Eiii geli la.Jgn pggl I baby lagi tau!”Kata Fuzza dalam mesej yang dibalasnya.
Mereka berjumpa di cafeteria kolej di mana Fuzza menuntut.”Hello baby”.Kata Dawie kepada buah hatinya yang cantik.”Jgn pggl I baby,I tak suka taw!”.Marah Fuzza kepada teman lelakinya.Dawie jemput Fuzza duduk dan kedua-duanya melabuhkan punggung di kerusi.
“Tengok la foto-foto I ni.Penat tau malam tadi edit gambar-gambar ni.I buat sumer ni pasal U la.U kan suker tengok gambar-gambar cantik.Sumer I shoot kat KLCC tau.”Kata Dawie kepada Fuzza.”Dawie,I dating sini bukan nak tengok gambar U buat ni,I rasa hubungan kita dah tak macam dulu.U sibuk dengan belajar lagi.Ditambah dgn hobi baru u ni.Lagi teruk hubungan kita”.Panas kata-kata Fuzza ini.”Lebih baik kita break je la.I hope U bahagia dengan hobi baru U.Pasal kamera tu,I susah nak terima I nak teruskan hubungan ni.Selamat tinggal”.Kata-kata akhir ini membuatkan Dawie tidak mampu terkata-kata.Fuzza akhirnya meninggalkan kerusi dan biarkan Dawie keseorangan di situ.
........................................................................................................................................................................

Akhirnya Dawie menjual DSLR tersebut kepada Mr Fathi dengan harga yang jauh lebih murah.Iaitu RM1500.”Ko biar betul Dawie.murah sgt ko jual.aku bukan apa,ko dahla break up ngan Fuzza,pastu ko jual murah DSLR ni kat aku.Takpe la.kamera ko punya hal,aku angkat!!!”.Kata Mr Fathi kepada si Dawie.
Mungkin ada hikmah di sebalik hidup ini.Yang berlalu itu biarlah.Yang pasti,cinta kepada Yang Maha Esa adalah cinta sejati.Hingga ke akhirat kelak...SEKIAN
Selingan:Cerpen ini hanyalah rekaan semata-mata.Jika ada persamaan watak dan latar,ianya hanya kebetulan dan rekaan tuan punya blog ini sahaja....YANG BAIK DIJADIKAN TAULADAN,YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN...