Pages

Tuesday 1 May 2012

Album baru Maher Zain - Forgive Me

Assalamualaikum dan selamat-selamat juga diucapkan pada semua yang menjadi pengunjung blog saya.Idea sentiasa kering untuk membuat entri baru.Tapi disebabkan hari ini cuti hari pekerja,kebetulan hari ini memang saya cuti,so cuti la...

Maaf diucapkan dahulu kerana tiada gambar dari saya sendiri kerana henpon saya dah kene curi dengan sape ntah...kini saya cuma menggunakan enset nokia eleven ten...alaa enset itam putih tu...

Dah ada kat Malaysia dah.No CD aku 4244569L

Ada 14 buah lagu dalam album terbaru Maher Zain.Lain pasaran lain la lagunya.Untuk pasaran Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia berbeza dari pasaran negara lain.Jangan risau,cuma alih bahasa saja.



Semua lagu ada dalam album terbaru cuma lagu I Love You So dengan Guide Me All The Way dialih bahasa ke Bahasa Malaysia Indonesia (nanti takut diklaim negara jiran.huhu) menjadi Ku Milik-Mu dan Tuntunkan Kepada-Mu yang digubah semula lirik oleh Novia Stephani.

Best ke tak album ni?

Pandangan peribadi,lagu-lagu dalam album baru ni memang berbaloi untuk didonlod dibeli secara original.Kebanyakan lagu-lagu yang ada dalam album ni di-compose sendiri oleh Maher Zain dan yang pasti  'orang kuat' Awakening Records iaitu Bara Kherigi.Bagi saya,kulit album ni lebih cantik,menarik dan rona warna putih salju yang melepak dan disertakan dengan lirik lagu di dalamnya.Harga?RM29.90 sahaja...

Lagu-lagu best yang mana?boleh tolong tujukan lagu?

Boleh...tapi tak semua saya akan tujukan lagu ini buat anda semua.Tak adil bagi saya yang telah menghabiskan RM29.90 untuk membeli album terbaru ni.Cuma 3 buah lagu saja saya akan bagi anda.Risiko,keberkatan dan tanggungjawab individu di bawah budi bicara anda sendiri.

Ku Milik-Mu

So Soon

*p/s: pilihan 3 lagu terbaik adalah melalui cita rasa saya sendiri.Lain padang lain belalang...

UPDATED!!!

Disebabkan rasa ingin berkongsi,saya tujukan semua lagu dalam album terbaru ini...

Forgive Me

Masha Allah


Mawlaya


Muhammad PBUH


My Little Girl feat Aya Zain


One Big Family


Paradise


Radhitu Billahi Rabba


Tuntukan Kepada-Mu

*Lagu Freedom dengan Number One For Me bagi saya tak perlu pasal dah ada official VC...

2 komen suka-suka:

Nurul Jannah Ismayatim said...

cd yg ni xda video ke ye???

mrfathi said...

takde...dah namanya CD mesti la lagu2 je kan...sekarang ni trend buat lagu,video klip masuk YouTube je...lagu Freedom dgn Number One For Me dah ada VC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...