Pages

Wednesday, 30 September 2009

Ayuh kembali ke sekolah...(AYUH!!!!)

Ayuh pakai New Era...

oppss lebih2 pulak.ni bukan entri nak promo kasut sekolah...tunggu akhir tahun baru aku promot(hehe).setelah menyepikan diri kerana berkhidmat untuk negara,akhirnya 3 bulan 2 minggu aku menjejakkan kaki ke sekolahku...yakni SMK Seri Desa...sebelum ni aku dah masuk dah form 6.disebabkan mahu berkhidmat untuk negara dan 1Malaysia,aku mintak MC 3 bulan.hihi.2 minggu lagi tu cuti extra(yg dibuat2).apa alasan aku?shopping raya...


Tak ada apa-apa yang pelik/teruja/sedih atas kehadiran pertama aku ke sekolah pada hari Isnin 28 hari bulan 9 tahun 2009 masihi.Masih lagi dalam mood raya,pengetua skolah masih sempat mengucapkan selamat hari raya dan berhati-hati semasa baraan.(BARAAN????)

Dalam beg aku cuma ada foolscap paper ngan pen biru papermate...begitu HEBATNYA aku pada hari pertama persekolahan dalam tingkatan 6.Serba kekurangan.Nasib baik bagi nota je.Dah banyak tertinggal nota.Bayangkan la aku ketinggalan 3 bab...masuk2 aku dah masuk bab 4.Mana yg bab 1,2 dan 3???apa lagi nak senang fotostat sahaja....perghh banyak tu...

Harap2 aku dapat memfokuskan diri aku kat form 6 jer.malas la nak masuk poli,KUIS n apa2 tawaran aku dapat...form 6 OK apa???

Selingan:pasal saman tu,baik selesaikan luar mahkamah,hehe.Sori Debab,buat cemas je...

Friday, 18 September 2009

SALAM AIDILFITRI


Assalamualaikum semua.harap-harap sihat sejahtera.

Aku dah shopping semua benda yg perlu ada pada hari raya nanti.Baju Melayu,sandal dan segala macam lagi aku beli.Malas nak tulis banyak-banyak.penat woo.... Jom la baca lagi...

Raya akan menjelma pada hari ahad(kompom) ni rasanya tak balik Johor keluarga belah abah pasal tahun lepas dah raya kat sana.Tahun ni kat Tanjong Karang la.Yeah!!!!

Dah 2 minggu aku tinggalkan memori PKLN aku.So,semakin malaslah aku kat rumah.nak tolong buat kuih raya pun berat je tangan.Bila merayau,ringan je punggung.Ni la saya...

Raya tahun ini mungkin bertambah meriah kerana ada baraan budak2 form 6,so semakin ramai lah 'peserta' tahun ni berbanding baraan tahun lepas.Tapi macam malas je nak gi baraan.
Member2 ku,kalau aku rajin aku follow la korang ye!!!

OK la di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua blogger dan 'silent reader' yg membaca blog saya.jika posto saya ada yang mengguris perasaan anda,harap dimaafi...

Selingan:Elaun ke3 PLKN tak masuk lagi,bila la nak masuk.Keje aku suka buang duit.

Tuesday, 15 September 2009

Pantun raya versi Jawa

Assalamualaikum

Huh lamanyer tak update blog ni.tak tau la nak watpe ngan blog.makin bosan plak dok umah.dah tau bosan,tak pulak reti2 nak sambung form 6.rasa malas jer.takpe2,lepas raya sambung la...

ni ada la sitik2(sikit2) pantun jawa ni.

Nyimpan jenang nang jero tin
(.......................................)
Ngesok arek digowo mareng suro
(.........................................)
Keluputan kulo lahir batin
(.........................................)
Salah silap njalok dingapuro
(..........................................)


Bocah cilik mangan sego
(budak kecik makan nasi)
Sego dipangan karo gulo
(nasi dimakan dengan gula)
Wes suwi orak ngomong Jowo
(dah lama tak cakap jawa)
Dino royo njalok ngapuro
(hari raya minta dimaafi)


Mangan kupat karo serunding
(makan ketupat dgn serunding)
Meneh enak sambel ditotoli
(lagi enak sambal dicicah)
Emboh kapan nek arek runding
(entah bila nak jumpa)
keluputan kulo seng kanah-kanah
(.....................................................)
Njalok dingapuro lahir batin....
(minta dimaafi zahir batin)

Godok ketupat nang ngisor ondo
(rebus ketupat bawah tangga)
Godonge palas digawe atep
(daun palasnya dibuat atap)
Salah silapku njalok ngapuro
(salah silapku minta dimaafi)
Ketemu meneng nang taun ngarep
(bertemu lagi ... tahun ngarep)

Buko poso lawuh'e gereh
(buka puasa lauknya ikan masin)
Njegor sunge dicaplok boyo
(..............................................)
Keluputanku sing akeh-akeh
(.................................................)
Kito 0 - 0 lah yo
(kita o_o la ye)


Sori saya ni bukannya jawa expert sangat...boleh la sikit2 terjemahkan dalam bahasa Melayu...sapa2 jawa expert boleh la komen ye.yang nak belajar tu cari yg expert tau!!!

Selingan:rilek dulu.raya blom lagi.nanti malam raya baru la wish2 pasal raya.rilek2....

Sunday, 6 September 2009

Bye Bye Tangkas Kendiri...


huh genap 1 hari saya dan bekas-bekas pelatih wira&wirawati Kem Tangkas Kendiri kump 3 siri 6/2009 meninggalkan kem.Hmm rasa bosan pulak kat rumah.nak watpe ha???Rasa kosong saja jiwa ni.

"Jutaan terima kasih kepada Komandan Kem Tangkas Kendiri,Mejar Noorzailan bin Haji Tarsuni,Timbalan Komandan Pengurusan,Kapten Shahril Mustaqim bin Mohd Kasim dan Timbalan Komandan Latihan,Kapten (B) Azni bin Ahmad serta jurulatih-jurulatih juga tidak lupa kepada staf-staf pengurusan atas jagaan dan bimbingan semua kepada bekas wira dan wirawati kump 3 siri 6/2009 ini.Walaupun byk aktiviti terpaksa dibatalkan,kami tetap bahagia menjalani latihan selama hampir 3 bulan.Sekian terima kasih..."

huh takpe la.harap2 semua sihat sejahtera.kepada ex wira&wirrawati TK,semoga hepi dan teruskan perjuangan anda...

saya di sini ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yg melayari blog ini.terima kasih

IKHLAS DARI MUHAMMAD FATHI BIN JALIL A.K.A ATUK Tangkas Kendiri.uhuk sedey....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...