Pages

Saturday, 17 April 2010

[Eksklusif] Budak bajet tabligh kata duit iklan Nuffnang HARAM!!!!

Assalamualaikum dan Sejahtera 1Malaysia


Perghh aku rasa malas je nak menaip arini tapi terpaksa gak menaip.Akhir bulan lepas baru sahaja Nuffnang saya matang sudah ada 'suara sumbang' yg mengata sesuatu yang tak sedap didengar...

Ada la seorang hamba Allah (budak bajet tabligh dan tahu sikit2 tentang selok belok ilmu muamalat ni.betul ke tak aku tak tau)....malah lebih mengejutkan,sedap-sedap jari dia saja menaip 'DUIT IKLAN HARAM!!'ianya merujuk kepada Iklan Nuffnang tu haram...

Tak percaya?saya tunjukkan bukti...bukan sekadar gambar,tetapi hujah2 yg dibentangkan oleh Juju,Luth Textile dan Kak Maryam...dan terakhir Sabri Margantua...



 Ni dia,mula2 aku antar status FB aku tentang buat duit kat blog...


Mula2 aku antar ok jer...


Komena yg dibalas....aku baca yang komen orang yg hahahahahaha lebih2 tu,hahh itulah 'hamba Allah' yang aku maksudkan...


aku tak melatah/terkejut apa yg si hamba Allah ni tulis...rilek jer...

aku pun membalas dengan....

"yela Shahrul....nanti aku jawab baik2.ko lain la....Tabligh kan..."

PENGUMUMAN:KEPADA SUMER BLOGGER2 YANG ADA KAT MUKA BUMI INI,NANTI KITA JAWAB BAIK2 TAU KAT AKHIRAT NANTI....PESAN HAMBA ALLAH NI...BERPESAN2 KEARAH KEBAIKAN....

Nak dijadikan DRAMA bersiri ini lebih mantap dan sedap,jom kita lihat lagi...kini aku 'upah' TENTERA BLOGGER...hehe

Opsss sebelum itu....

Bukan setakat itu,kat page FB dia pun ada status mengata tentang status FB aku la tu....

takpe2...wahai HAMBA ALLAH,aku bawa 'bala tentera blogger' ke gelanggang...tengok2...

ini dia maklum balas dari tentera Mejar Juju....

Tak ada petanda nak suam...nampaknya takat didih melebihi takat lebur...huhhh

semakin panas pulak aku baca komen hamba Allah ni...errrgghhh...takpe2...

Luth datang!!!!tolong saya!!!
aku antar lagi tentera blogger...kini Sarjan Mejar Luth Kain Perca...

kenapa la ada manusia yg tak faham2 lagi ni...kata dah search dulu(search kat mana aku tak tau)....aku tgk ayat hamba Allah itu seolah-olah kosong...tiada isi...huhhh....

ada lagi...malah lagi hot!!!!

 malu dunia malu akhirat???huhh apakah???


Korang rasa keje Iklan halal tak????

aku tgk si Sarjan Mejar Luth dah malas nak melayan si hamba Allah ni...kesian kat SM...kene berdebat orang yg tak faham2...

aku hantar tentera KAGAT pulak...menjenuh si hamba Allah ni memikir...kesian dowh...

Koperal Maryam beri ceramah baik punya!!!!

tapi ko ni hamba Allah,tak faham2 lagi ker???


what???ko tak tau ke Nuffnang tu mende???sah2 ko ni cakap tak serupa bikin!!!!

apa lagi...kene gelak la!!!


 
aku tak tahu sound gelak besar si Mejar Juju ni...

so nak dihabiskan cerita,ada kata2 nasihat dari Koperal Maryam dan jawapan yang aku tunggu2 rupanya dari Lans Koperal Sabri Margantua...alhamdulillah...



huhhh....nampaknya segala kekusutan sudah menemui seterika...hehehe....

Kepada hamba Allah,janganlah kamu sesekali meletakkan sesuatu hukum itu HARAM secara sesuka hati kamu sahaja...para ulama pun kalau mahu membuat fatwa pun mereka mengerjakan solat hajat/solat istikharah utk mendapat petunjuk daripada Allah...ko pulak sedap2 hentam aku kat Facebook dan seolah2 ko mahu menegakkan benang yang basah...

Ko jangan ingat blogger2 yang beragama Islam ni BODOH!!!kami pun tahu bezakan HALAL dan HARAM...

Kata Mejar Juju,orang macam ni ko abaikan jer....so,maknanya aku kene 'tendang' si hamba Allah ni choww dari list friend kat FB la???hehe...

Nota kaki:kalau korang nak tau,si hamba Allah tu,kawan kelas saya...tapi kureng sikit la...hehe...susah sikit nak kawteam kerana mulut dia...tgk komen dia kat atas pun dah tau perangai sebenar dia...NAK MENANG jer...tapi kosong takde guna....

nak tahu lebih lanjut iklan2 ni halal atau haram,sila rujuk http://www.zaharuddin.net/content/view/926/72/

Selingan:aku tertarik dgn komen bernas Sabri...ko memang hebat!!!

34 komen suka-suka:

hydir said...

hoho .. macam2 perangai
saya ingat ko kena slow talk dengan kawan ko tu .. jgn bagi dia terus x paham ...

:)

x-po said...

dia tu bkn blogger ke? sbb tu xtau pe2 kot psl ni

Mr.Bintang said...

hahaha... terkesima melihat hujah² diatas... pung pang pung pang...
last².. "iklan NUFFNANG tu apa?" sudahhhhhhhhh....~ adesss...

MrRollies said...

kalau aku gi terjun banggunan trus ..
MALUNYERR

Anarm said...

keh3.. berjaya baca sampai habis.. waa.. perbincangan hangat.. tak sangka ada jugak manusia yg berlagak pandai dan akhirnya pecahkan tembelang sendiri.. "iklan Nuff tu ape?" kah3..

dok bincang soal hukum agama dengan org mcm tu, sampai bila2 pon tak abis.. daripada perbincangan biasa, terus jadi pergaduhan..

astaghfirullahal'azim.. ish3

nizam6281 said...

macam2 prngai2 haish
tulah taknak baca kat justnizam.com tentang nuffnang hehehe

mrkay said...

sedih aku dgn manusia macam ni. dia cakap pengiklanan takde risiko, takde jual beli. kalau macam tu syarikat tv, radio, surat khabar, majalah dan paling utama, syarikat pengiklanan billboard tu semua kira haram la? itu semua ada risiko. dia orang melabur untuk siapkan ruang untuk letak iklan. bukan risiko ke tu? blog plak bukan mudah nak dpt duit. kena ada visitor ramai. nak visitor ramai kena luangkan masa untuk menulis blog dan mempromosi. bukan ke itu juga satu pelaburan sbb kita berusaha.

lagi satu, dia asik cakap pasal saham. saham tu haram ke (serius aku tak tau halal ke haram) tp atok sedara aku yg bergelar USTAZ dan sangat kuat pegangan agama, main saham gak. kalau kata haram takkan atok sedara aku ni main saham. isk

Azizuan said...

dia ni sumpah aku cakap manusia paling bodoh dalam sejarah internet..bukan takat bodo ja, jadi makhluk perosak pulak..
kalau nak cari punca segala pelaburan company, mati la..

berantai-rantai..
mampoih la semua nak persoal

company dapat modal daripada terbitan saham (saham biasa/keutamaan), bon segala..lepas tuh buat projek/bisnes, dapat untung..rolling balik..invest sana..invest sini..kalau nak persoal dari mana macam dia cakap, duit pemegang saham dapat dari mana untuk beli saham syarikat pon kena korek gak la punca..mati la nak korek sorang2..1 company sekali offer saham mau juta-juta unit..

refer kat batang hidung dia pulak, duit gaji dia or orang yang sara dia tuh dapat dari mana? dari company..company dia invest kat mana? 100% halal kompom? tak 1 sen pon yang terpesong? company tuh bisnes tak ada mark-up langsung? tak ada suap langsung? dia boleh jamin 100% halal? dia boleh jamin duit yang dia bayar makan minum segala bagai tuh 100% halal?

pusing pi mai pi mai kot mana pon tak boleh nak jawab la soalan bodo dia tuh..memang last2 kena kat batang hidung dia sendiri balik..

hukum hakam aku tak pandai sangat, tapi dalam Islam tak silap aku kalau kita tak tau, tak apa..contoh la makan benda tak halal dan kita tak tau, tak dosa..sama la macam sumber duit tuh..kalau dah terang lagi bersuluh company tuh jual arak berjudi bagai, lagi nak join memang la..hishh..tak paham aku orang macam ni..gila!

kertaz said...

X sangka aku baca dari A smpai Z.. Dah la panjang.. =.='
Tp apa2 pun syok gak baca pasal perang-perang ni.. Wahahahah.. Kena batang idung sndiri.. x leh blah btol..

mrfathi said...

hydir=dah slow talk dah...dia tetap nak menang...so,aku bagi la dia menang...

@x-po=yup,dia bukan blogger...dia bajet tabligh...

@mrbintang=pung pang pung pang jawablah kat akhirat...hehe

@Mrrollies=jgn terjun,kalau nak terjun gak,bagi la ckit wit iklan tu..hehe

@Anarm=ohh...sampai bila mau abis???pikir sendiri...hehe

@Nizam=justnizam.com best gak...dia kata dia dah wat search dulu...mana tau dia ada 'ilmu lebih ker...hehe

@mrkay=saham tu?contoh ko beli saham Maxis,and Maxis guna duit yg ko beli saham tu utk dijadikan MODAL...senang kan???Maxis dpt untung,dia akan bagi dividen kpd pemegang saham...

@Azizuan=aku rasa ko mesti PRO dalam ekonomi...ayat ko memang bernas...

@kertaz=perang2 syok apa...janji nyawa tak melayang...

Azizuan said...

tak la pro..tapi aku belajar la semua tuh..akaun, management, ekonomi, finance, marketing n blablabla..ada la basic sikit..

tapi serius la..dia respond benda2 yang dia sendiri tak faham pokok pangkal..lepas tuh persoal halal haram..agak emosional la aku..keke

mrfathi said...

@Azizuan aka Juan=kan aku dah ckp...si hamba Allah tu ckp nak menang...aku bagi dia menang...tapi sebenarnya dia kalah..

dia nak makan duit 100% halal dan terbaik dari ladang...hehe

e~car182 said...

wow!ruginya sy xdpt join!!hehe,,
mmg LAWAK NAK MATI nasihat macam bagus sgt tp TAK TAHU nuffnang tu apa??

dia dah dpt dosa sbb tipu,,ckp dah search??tp nuffnang tak tahu..

hukum nuffnang ni harus,,bukan haram,,kalau bdk tu rasa haram, jgn letak duit dlm bank,,jgn buat pinjaman ptptn ke apa,,kan ada interest tu semua,,

haram la bg dia kan???

sori la,,terpanas kejap!hehe

Cikgu Dahlia said...

memula baca komen dia dah rasa dia ni xde blog dan xtau pun pasal iklan2 kat blog ni..bodoh sombong namanya tuu...ntah2 pas ni dia lak gila2 buat blog men klik2...hahaha


dah delete akaun FB ke budak ni fathi???

cEro said...

first-first bace rase mcam serius sbb kuar halal haram bagai..

last2 aku tergelak sbb dia tak tau nuffnang tu hape...
hahaha...
seolah-olah org ckap camni,
"durian tu busuk laa, tak sedap, ntah hape2 ntah"
pastu ckap ni plak,
"durian tu hape?? nama nasi goreng ke??"

.Huda Luna said...

KAHKAHKAHKAH!

geli pusat baca
ape ke ngek sgt org tu
ckp bagai nk rak
pastu titiktiktik punya la bnyk
adeii

last2 malu diri sendiri

Pert Doherty said...

haha.. Sharul tu kerja kt mana? dia tak tau ke tempat kerja dia tu pon amik riba'.. haha.. dia sekolah kt mana? dia tak tau ke sekolah dia amik riba'.. haha.. dia menyimpan di bank apa? tau tak dia bank dia tu amik riba'? dia pakai handphone tak? syarikat telekomunikasi yg dia guna melabur kat mana? amik riba' x? dia main tenet ni.. pakai strymx ke p1wimax? haha.. syarikat tu melabur aku rasa.. banyak la sharul oi kalau nak cerita... ko ni bebal ke? haha.. kesian aku tengok ko.. aku bukan pro mana-mana pihak.. kalau ko rasa ko betol2 boleh lari dari penjara ilusi yng telah dicipta freemason.. bagitau aku..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

had0i.

si teeetttt tu bl0gger ke ?

kal0 die bl0gger k0npem xkan kata nuffnang tu harammmmmmmmmmm kot.

kedengki ke ape.

adikqimie said...

Aku dulu pernah juga orang tanya pasal duit tu haram ke halal ke?.. (takde kena mengena dengan duit nuffnang) cerita pasal duit lain...

Last - last aku cakap.. " duit yang ada pada kau tu halal ke? ntah - ntah duit tu orang duk jual khinzir ke.. sudahnya dapat kat kau...

terus je orang tu blah tak layan aku.. hehehe

ISZA said...

hangat dan hangit.. pendapat orang tak selalu yer sama.. baik buruk ambil sebagai pengajaran.. ramai penulis blog bukan ubuh iklan dengan ilmu yang kosong kan3..

mimi said...

~~salam tuan rumah...u/p..kak mimi dah mintak izin dlm shout box tu untuk ambik artikel nie....

~~setelah siap dlm post kak mimi...kak mimi ader bagi link artikel tu..harap semak..

~~kalau tuan rumah terlepas pandang dalam kotak chat tu..kak mimi mintak izin nak ambil artikel tu..sekali lagi

~~kak mimi cuma nak bg info kat geng nuff sahaja...harap maklum..
dan terima kasih...

mrfathi said...

@e-car=alaa,malas nak lyn dah dak tu...

@dahlia=dah lama delete acc FB dia tau...hehe

@Cero=tu maknanya buduh syumbunk...lalala

@Huda=kamu geli pusat,saya Geli La Hati(Glitterati)hehe...

@luvfareda=tett tu bukan blogger...dia tettt...

@adikqimie=si hamba Allah tu mahu duit 100% halal dan terbaik dari ladang jer...

@cikgu isza=pendapat memang tak sama.tapi yg dihujahnya sudah terang dah...mana ada haram...

@mimi=saya sudah komen kat blog kamu...harap prihatin..,

Kujie said...

Ustaz Nor Amin cakap hukumnya harus selagi tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak.

Kalau dah join Nuffnang mesti tau T&C yang perlu kita patuthi..tapi dia tak tahu Nuffnang tu apa...nak buat macma mana

syahirul said...

ades.. aku terlepas lama.. nape la tak ajak aku join chat FB tuh... ko ni memang ar.. penat aku baca... tapi blur2 gak la sbb ko print screen tak lawa... aku nak g taw mamat tu satu benda...

-kalo iklan ni keje haram sbb ada pelaburan jadah smua kan yg kita tak taw mana puncanya halal ke tak, ada keraguan kan? so dia kata baik kita blah jgn wat iklan... ok paham...

-kalo dia nanti keje under mana2 syarikat kan, mesti ada pelaburan gak kan? so dia sebagai pekerja kompom tak taw bos besar buat ape.. ada keraguan gak kan? so takyah keje la kan? lalala...

"dosa dan pahala, neraka dan syurga, semuanya hak Allah SWT. janganlah kita menuding jari menuduh kerana kita tiada hak berbuat demikian"

ONEXOX PLAN said...

poyo ah lu shahrul nizam.. hahaha.. macam la dlm hidup lu sume 100% halal.. haha..

gua nak bagi duit komisyen gua kat lu.. RM2K.. baru dapat tadi sebab berjaya buat sale.. lu nak? tapi duit ni xtau dari mana datang.. yang gua tau duit ni gua dapat sebab gua keje dengan company gua.. nak ke tak duit ni? gua serius..

=))

nadz ruslan said...

hurm saya rasa niat dia baik, nak tegur. cara dia saya nampak x kasar. cuma perli ja sikit, tunjuk tera sikit.

saya nampak cara penerima teguran tu yang kasar. cumanya si shahrul ilmu dia tak setinggi mana, ada part yang dia terlepas pandang. dia terus letak haram. strategi dakwah dia x kena kut. (tabligh tak tabligh, amar maaruf nahi munkar tetap wajib)

janganlah sebab kita kutip duit nuffnang kita nak hot, esok lusa orang buleh tegur hal aurat adik kita, kakak kita, wife kita, takkan kita nak meradang. (maksud saya benda kena batang hidung kita nak tegakkan, benda2 lain banyak lagi yg kita buat leweh)

cara kak maryam tu bagi pendapat sgt soft. saya suka. tak meninggi diri tak tunjuk pandai. mungkin bagi si shahrul ni terlalu teliti (berfikiran baik), benda yg syubhah dia tolak.

kita2.. blogger2 suma jangan terlalu hot. saya tengok komen2 kat sini boleh makan orang. :D

hee ini pandangan saya, dari contact lens saya. jangan marah eh.

paeh said...

serius. neglabah gila budak tuu.. meh facebook dia... aku nak add

Luthfi Suib said...

bla la mamat tu! aku mmg fuck org yg belagak pandai tapi kosong.

muhammad fakhruddin said...

1)Orang sekarang suka letak hukum,ini halal itu haram.Padahal ulama' dulu kalau hendak letak hukum sesuatu ambil masa,fikir panjang takut-takut menghalalkan yang haram mengharamkan yg Allah halalkan. Nauzubillahi min zalik.

2)Kalau nak fikir detail sampai ke mana saham syarikat itu dilaburkan, semua pendapatan kita ini boleh kata bercampur dengan unsur-unsur yang tak jelas status halalnya.Cara menyucikan harta ialah bayar zakat dan sedekah.

3)Kalau nak komen pasal HUKUM IKLAN BLOG,pastikan anda ada basic fiqh muamalat dan tahu apa itu IKLAN BLOG seperti Nuffnang, Advertlert atau Adsense.Kalau rasa diri kita yg kerdil ini serba-serbi tak tahu,jgn lancang mulut berbahas mengenai hukum,tanya pada ahlinya(Ustaz Zaharuddin contohnya yg arif mengenai fiqh muamalat).

Sabri said...

salam, sori nyebuk sikit..
hurm.. citer pasal bende ni, kontroversi habis.. ramai betul blogger2 melayu islam yang nak komen.. heh, tapi komen tu biarlah sopan sedikit, buatlah macam org yang ada ilmu sikit.. ;)

Qaira Haffieze said...

Salam...beria2 aku jegilkan mater bajet excited la nak baca tang abis...nak tgk la gak hujah demi hujah semua pihak,,dan aku nak nilaikan la dgn batu jemala patik yg tak wape nak bijak nih..alih2 ayat potong stim daaaa dia bg...."Nuffnang tu apa? bleh bg web dia tak?".... adoyaiiiiii...

Qaira - buang masa aku jek

ArtForAuction said...

Klu die xphm gak kan, senang jer bagi analogi ni.

Aku ada tanah kosong.

satu hari aku bangunkan tanah tu pastu aku letak papan tanda.
pastu kat papan tanda tu aku tuliskan "sapa nak iklan meh call ak 0123456788..."

Pastu sebuah syarikat bernama Nuffnang datang dan berkata
"baik kami jer yang uruskan papan tanda kamu ni. kami syarikat iklan tau. kami ble carikan syarikat, diorg akan iklan atas papan tanda kamu dan kami akan bayar kamu okeh!"

Ha...gitulah....

p.s. ak xkan me-Nuffnangkan blog ak bukan sbb x halal ke apa, tp sebab ak xnak slow load (xsume internet laju), ak rasa semak tgk iklan2 org len, n finally ak nak org tumpukan perhatian pada isi kandungan blog ak jer. hohoho

ohcerita said...

boleh baca sini
http://aizuddin.com/buat-duit/hukum-menyertai-nuffnang-advertlets-dan/

Dabuldahi said...

hang ni.. kot ya pon, blurkan la nama budak tu. kesian dia. aib dia tau. hang macam buat serangan individu ja kat dia.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...