Sunday, 29 June 2008
Sepatutnya sekarang aku di...
Nak diikutkan pada hari jumaat aku bertolak dari sekolah dan menuju ke...Cameron Highland!!
Ntah kenapa aku still di Tg.Karang.Hmm ni pasal cikgu last2 minute dia batalkan.Ciss kempunan gue.
Tapi mungkin ada hikmahnyer lawatan ni dibatalkan.Pasal tahun ni aku amik SPM loo.Aku pun rasa malas je nak buat kerja skola.Macam2 dah cuba dari ayat2 suci Al-Quran hingga ke makanan tambahan.Hmmm teruk btol aku ni.
Semalam pulak aku nak latihan kawad kaki Kadet Bomba pun tak boleh pasal kat skola penuh dengan kete cikgu yg datangnya ntah dari mana.So terpaksa la batalkan.hmmm penat je datang skola(padahal naik moto jer).OK la korang pun bukan nak komen posto aku ni.Saje je...
Saturday, 28 June 2008
Penangan minyak naik...
Jenayah semakin menjadi-jadi??
Minyak naik orang pun naik minyak la...aduh dunia2.Apa nak jadi.Hari ini kedai emas,pastu bank nanti apa pulak??Kedai ikan emas??(opss).Ntah la...sepatutnya kerajaan meningkatkan lagi taraf hidup dan sara hidup rakyat barulah negara aman dan tenteram.Btol tak??Aku pun terase kenaikan minyak.
Sape2 ada Frenster jom join group nie
Pakar Pendakwah Remaja Islam
http://www.friendster.com/group/tabmain.php?statpos=gdis&fid=1180480
Anak Melayu
http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=1489569
ngan yg Ini
http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=1489569
Ok selamat ber'Frenster'
SAyonarA.....
Saturday, 21 June 2008
Apa hal minggu ni?
Belanda...Netherland...Nederlanden...The Oranje...
Aku dah agak dah Belanda ni sememangnya hebat.Kumpulan C yg ditakrif sebagai 'kumpulan maut' itu seolah-olah sekuntum bunga tulip yang tunggu dipetik. Eee Tali(Itali la),France(elehh kacang jer) dan Romania(kacang gak).Cuma tinggal Rusia jer nak dipetik.hehe.
Jgn lupa tengok tau pagi ni.Hidup Pasti Rancak Dgn Belanda
Blogspot dikutuk??
Aku pun tak tahu apa salah Blogspot ni.Ada buat dosa ke si blogspot.Tapi blogspot ni si Debab yg rekemen.Dia dulupun pakai blogspot gak.Sekarang dah UP sikit.Tapi bagi aku la,masalah kat Blogspot ni nak hantar komen ni macam tulis surat nikah pulak(adiosss!!).Susah betul...takpe la boleh la jugak.Cuma kalau blogspot bual hal ker,maka aku akan BERHIJRAH ke...mana2 la yg penyedia blog percuma yg bagus dan ambil perhatian pasal pemilik blog.
Sape menang Akademi Al-Quran?
Alaa macam aku tak tau.Aku tengok la...Ya!! pada malam final tu aku tengok diorang perform.Finalis seperti Fakhrul Radhi ngan Syamsul tu memang killer bacaan diorang tapi...Syamsul buat silap masa persembahan kedua.Aduh...penonton suspek ko menang tarannum ko pegi buat silap pulak.Takpe tapi ada Fakhrul Radhi yg suaranya lunak lagi sedap.Aku suka dengan bacaan Burdahnya,Tarannumnya,Qiraatnya tapi Tajwid ngan Fasohah...banyak kantoi ma!!takpe itu pun diorang kurang pengalaman kan.Diorang gunakan pengalaman itu untuk pergi lebih jauh.InsyaAllah...
Selingan mini:Err yg dua orang lagi tu aku kurang kenal la.Tarmizi ngan Sharifah ye?aku tak suspek diorang menang AQ musim ke3 ni.maaflah ya
Saifulislam.com letak advertensi??
Dah lama aku tak kunjung ke Saifulislam.com.Apa yg ditulis di sana.Tengah syok2 baca ada la advertensi kat bawah posto dan adala 'Ads by Ayang Nuff'.Huh nak jugak beradvertensi ni.Takpela dah semua orang tahu blog ni boleh buat duit kan.Takpe la janji abang Saiful bahagia...(apa aku merepek ni??)
Selingan:Aku rasa ni mungkin posto paling bosan.Yela takda idea utk diketengahkan.Ok la sayonara...Assalamualaikum
Saturday, 14 June 2008
Korang minat tak drama Hong Kong??
Tokyo:Metropolis terpesat di dunia
Taipei:Ibu kota Taiwan
Hong Kong:Wajah pelabuhan Victoria pd waktu malam
Sume foto diambik di flickr.com
Huh besh giler drama Hong Kong nie.Sebelum aku mula citer,korang nie suker ke tengok drama Hong Kong??
Aku sebenornyer lebih suke tengok citer Hong Kong berbanding Taiwan,Korea ngan Jepun.Kalau ada bunyi Hong Kong jer aku suke.Tak kisah la drama ker,Movie ker,Made In Hong Kong ker(hehe) apa2 jer la asalkan bunyinyer Hong Kong.
Drama Hong Kong ni lebih menusuk jiwa aku berbanding drama Taiwan.Rata2 pelakon Hong Kong aku mungkin kenal(tak sumer) tapi pelakon drama Taiwan pulak aku pun kenal gak.Pelakon Taiwan ni ada kalanya singer,ada kalanya pengacara,ada kalanya pelakon(memang la).
Biar aku huraikan nape aku suker drama Hong Kong tapi kureng tengok drama Taiwan,Korea ngan Jepun.
Lakonan
Hong Kong= Pelakon kebanyakannya lakonan mereka hebat dan versatil!
Taiwan=Pelakon diorang nie takat letak muka jer.Lakonan diorang pun tak besh?
Korea=Ada kalanya diorang bagus tapi sukar untuk komen sebab drama diorang akan dialih bahasa.So,jiwa pelakon itu sukar untuk menusuk jiwa(ceewahh!)
Jepun=OK tapi kalau korang dengar diorang cakap macam marah.takut aku
Set Penggambaran
Hong Kong=Kalau korang tengok,kebanyakan lokasinya adalah studio.Kalau diorang berlakon dalam citer Neo-Noir(dulu2 format citer punyer tapi ada warna),aku sememangnyer suke pasal citer tersebut seolah-olah membawaku ke dunia lampau yg penuh anusmatik,klasik serta tarakucaca (Zaman P.Ramlee gitu).Besh!!contoh citer: The Charm Beneath(Korang pegi la Tiub Kau.Ada punyer tapi takde sari kata BM la)
Taiwan=Aku tengok Taiwan dah macam US la!(dari drama la) macam2 aku tengok.Ada grafiti dan gaya pakaian yg melampau(tak besh)
Korea=Waw!! aku terpegun dengan keindahan Sungai Han.Cantik dan mententeramkan jiwa.huh ditambah dengan keindahan Pulau Jaeju ngan kebudayaan Korea.
Jepun=Kalau korang nak melancong ke Jepun,aku tak rekemen pasal rakyat Jepun rata2 kurang fasih berbahasa Inggeris.Tapi itu mungkin tidak menjadi masalah kerana Jepun banyak lokasi yg menarik spt Pulau Hokkaido.
Bajet
Hong Kong=Buat drama taklah mahal berbanding ngan filem tapi drama diorang pasti tidak bosan(aku jamin!)
Taiwan=Drama diorang ni mungkin mahal pasal diorang menggunakan pelakon yg mungkin mahal,so bajet diorang mungkin lebih up ckit berbanding Hong Kong(pelakon bajet muka jer)
Korea=Drama Winter Sonata telah berjaya menerobos pasaran Asia Tenggara.So mungkin ini antara drama yg berjaya dan mahal!
Jepun=Jepun ni cam kureng menyengat berbanding yg lain.So mungkin bayaran diorang agak mahal pasal diorang gunakan lelaki kawaii(lelaki cute dan berwajah seakan-akan pompuan)
Ini je la posto aku arini.So mungkin aku kurang buat posto pasal aku pun nak SPM,jadi byk la Xtra class dibuat.Kalau korang nak info pasal filem Hong Kong,korang layarilah http://www.lovehkfilm.com/ Apa2 pun mungkin aku cuba sedaya-upayaku utk buat posto yg menarik.Ok la sayonara...
Selingan:Abih la aku byk yg tak lulus pekse Perikse Tengah Tahun ni.Kepada blogger sumer doakanlah aku berjaya OK.Assalamualaikum...
Thursday, 5 June 2008
Yang turun hanyalah hujan...

Tuesday, 3 June 2008
Sepintas lalu...
Ok la sebagai permulaan aku bagi biodata yg tak complete(buat apa complete2)
Nama:Mohd Fathi bin Jalil(bila cukup bulan ia bakal tertera di cek.huhu)
Umur:16tahun berbulan-bulan
Kerja:Blaja lagi dan akan menghadapi SPM
Duduk:kat area Tanjong Karang
tu je la.
Hari Tanpa Tembakau Sedunia
Mana Kotak X aku???
Gitulah sepintas lalu aku.Aku pun tak tau macam mana nak penuhkan lagi aku punya blog nie.Sampai di sini sajalah episod Sepintas lalu.Sayonara
Selingan: aku ni tengah boring pasal Xbox takde kat umah.So, aku habiskan waktu lengang dengan tido.huhuhuhu








